Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.
Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Manakala lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata “Ahad-Ahad” "-(Tuhan Yang Esa), malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur.
Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal. Mereka memakaikannya dengan baju besi, kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari, malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w.Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir.
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut nama “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan. Bilal pun meninggalkan Kota Madinah. Sampai beberapa waktu lamanya ia tidak kembali ke madinah.
Pada satu malam, beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah saw bersabda kepada beliau yang bermaksud:
Mengapakah kekerasan hati ini wahai Bilal? Adakah belum masanya lagi untuk kamu menziarahiku?
Mimpi ini mengejutkan Bilal dari tidurnya. Hatinya berkecamuk, fikirannya resah, kesedihan menguasai seluruh sarafnya. Perasaan rindu terhadap Rasulullah mengalir keseluruh tubuhnya. Mengimbas kenangan perjuangan bersama-sama Rasulullah dalam menegakkan kalimah Tauhid. Rindu yang tidak tertahan, lantaran itulah beliau terus bergegas ke Madinah al-Munawarah, kota yang menjadi penyaksian persaudaraan sesama Islam atas dasar kalimah Tauhid, serta memori yang terindah bersama Kekasih Tuhan, Muhammad saw.
Setibanya di Madinah, beliau terus menuju ke pusara Rasulullah. Sejurus memandang makam nabi yang mulia itu, butir-butir mutiara jernih menitis, mengalir deras. Monolognya,
“Betapa aku merinduimu wahai Rasulullah.Anak kepada ayahmu Abdullah, anak kepada ibumu Aminah, cucu kepada datukmu Abdul Mutalib, anak kepada pamanmu Abu Talib. Anak yatim yang cekal untuk terus hidup. Aku merindui saat bersama-sama dengan mu. Aku rindu saat-saat engkau bersama-sama kami, memberi semangat kepada kami saat kami lemah dan tak berdaya. Sungguh aku rindu untuk bertemu denganmu lagi. Aku rindu pada usapan dan senyumanmu, penuh dengan keikhlasan yang mendamaikan hati manusia yang memandang .”
Bilal menangis teresak-esak, sambil menggosokkan wajah beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya tak terhingga kepada baginda.
Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Bilal berada di pusara Rasulullah terus bertemu dengan beliau. Bilal terus memeluk kedua-duanya, cucu kesayangan nabi ini dan mencium mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Bilal tahu, mereka inilah yang menjadi kegembiraan kepada Rasulullah, sehingga dapat beliau melihat wajah Rasulullah yang tersenyum bermain dengan cucu-cucunya ini. Pertemuan syahdu ini membangkitkan kerinduan yang tak dapat dibendung terhadap Rasulullah.
Hasan dan Husin, dengan penuh sayu, berkata,
“Wahai Bilal, manusia teguh aqidah, manusia yang lisannya tetap dengan kalimah Ahad saat diseksa, manusia yang panjang lehernya ketika di akhirat, sesungguhnya kami merindui suara azanmu di sini, suara yang pernah dikumandangkan pada zaman datuk kami. Wahai Bilal, kami mohon, atas dasar kerinduan kau dan kami, seluruh penduduk Madinah di sini, gemakanlah Kota Cahaya ini dengan suara azanmu.”
Pada asalnya, Bilal terlalu berat hati, menolak permintaan tersebut. Tetapi, Hasan dan Husin ini cucu Rasulullah. Tidak pernah Rasulullah menghampakan mereka, hatta sewaktu Nabi solat, saat sujud, ketika kedua-dua mereka bermain di atas belakang nabi, baginda sanggup tidak bangkit daripada sujud sehingga kedua-duanya turun dari belakang baginda. Tidak ingin beliau melukakan hati permata kesayangan Rasulullah ini, anak kepada Fatimah, mutiara yang paling dikasihi oleh Baginda.
Maka, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid yang merupakan tempat beliau melaungkan azan ketika Rasulullah saw belum wafat. Berita bahawa Bilal akan mengumandangkan azan seperti api yang marak, tersebar seluruh Madinah, menyebabkan penduduk di Kota Aqidah itu yang terdiri daripada para sahabatRasulullah dan keluarga mereka terus keluar dari rumah-rumah mereka untuk mendengar laungan azan Bilal.
Bilal, dengan seluruh jiwanya, menguatkan hatinya yang lembut untuk berdiri di tempat yang menjadi memorinya melaungkan azan pada zaman Rasulullah. Terlalu sebak hatinya untuk memulakan laungan azan ini.
Allahu Akbar Allahu Akbar
Bilal memulakan azan. Penduduk Madinah yang mendengar suara Bilal menangis teresak-esak. Inilah suara yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu, ketika Rasulullah masih hidup. Suara inilah yang telah membangkitkan semangat seluruh manusia yang beriman menuju kepada kejayaan, berkumpul di masjid Nabawi, solat bersama-sama dengan Rasulullah saw. Alangkah bahagianya pada waktu itu, Rasulullah sebagai imam kaum muslim, memimpin solat jemaah, dan mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada suara Rasul yang mulia itu, pemberi Syafaat kepada Umatnya.
Mereka, penduduk Madinah, menjerit kesedihan hingga Bilal mengalunkan ;
Asyhadu anna muhammadar Rasulullah
Makin deras air mata mereka mengalir. Batin mereka menjerit seolah-olah melaungkan:
“Kalaulah Muhammad itu masih hidup!”
“Mengapakah engkau meninggalkan kami wahai Rasulullah??”
“Kami rindu dengan senyuman dan bicaramu, duhai nabi akhir zaman.”
Suasana kepiluan itu menyelubungi Madinah. Kesemua mereka mengesat air mata kecintaan pada Rasulullah. Ini tidak lain tidak bukan, mereka terkenangkan nostalgia silam mereka dan detik-detik manis bersama-sama dengan Rasulullah suatu ketika dahulu sehingga Bilal sendiri tidak mampu menyudahkan azan beliau lantaran tangisannya dan kesedihannya yang membungkam jiwanya ketika itu.
Allahumma solli ala saidina Muhammad
Para sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak bilangan orang yang menangis di Madinah al-Munawwarah selepas kewafatan Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka alami semasa hari kewafatan Rasulullah.
Bilal tidak melanjutkan Azannya , akhirnya Bilal kembali pulang ke Iraq tempat dimana beliau Mensyiarkan Agama Nabi. Keyakinan Bilal kepada Nabi sangat penuh, sampai suatu saat seorang Ibu membawa anaknya dalam keadaan sakit parah merah wajahnya panas badannya.
“Tolonglah wahai Sohib Rosulillah , kasihanilah anakku ini yang sudah hampir mati ini.
Aku sudah membawanya ke semua tabib terkenal tapi tak satupun dari mereka yang mampu menyembuhkan penyakit anakku ini “keluh Si Ibu. Tunggu sebentar, Bilal masuk mengambil sebuah baju lalu dipakaikan ke anak tersebut. Kemudian anak tersebut membuka matanya kemudian duduk, lalu berdiri kemudian berbicara seolah tak terjadi apa – apa sebelumnya. Dibuka kain itu lalu dilipatnya lagi dan di ciuminya baju
“Kain apakah yang engkau pakaikan wahai Sohib Rosulullah?” Tanya sang Ibu kepada Bilal.menjawab “ini dulu adalah baju Rosulullah SAW”
Sampai tatkala waktu yang ditunggu–tunggu oleh sang Bilal………..
Waktu apakah itu adalah Kematian yang menjadi waktu Untuk mempertemukannya sang Bilal dengan Rosulullah
Bahkan tidak hanya Untuk Bilal saja tapi Untuk seluruh sahabat – sahabat Rosulullah
Kematian adalah saat–saat yang ditunggu–tunggu oleh mereka
Ketika paniknya sang Isteri Bilal,” Aduh apakah yang boleh aku tolong untukmu Bilal?”
Namun sang Bilal malah berkata “ Alangkah senangnya kerana beberapa saat lagi, beberapa detik lagi aku akan bertemu Allah dan Kekasihnya Nabi Muhammad.
Demikian kisah kasih para Sahabat kepada baginda. Mungkin kita terlalu jauh tempohnya dengan baginda, terlalu jauh sehinggakan langsung kita tidak pernah melihat baginda, apatah lagi untuk bertutur bicara. Namun, baginda pernah bersabda, bahawa sesungguhnya baginda sangat-sangat mencintai umat akhir zaman yang istiqamah pada agamanya. Sabda ini menyebabkan para sahabat cemburu, tetapi, inilah keadilan Rasulullah pada umatnya. Kata baginda, sesungguhnya aku sangat-sangat mencintai mereka, kerana mereka tidak pernah mengenali dan bersama-sama denganku, tetapi, mereka cintakan aku dan Tuhanku, Tuhanmu.
Kita, sebagai umatnya, bukankah menanti perjumpaan bertemu baginda, meminum air telaga Kauthar dari telapak tangan baginda. Tidakkah kita mengimpikannya? Diusap kepala oleh baginda, melihat baginda tersenyum dengan penuh syafaat yang akan meloloskan kita dari azab neraka? Tidakkah impian kita untuk memandang wajah seorang yang mulia?
Sabda baginda yang bermaksud; Tidak akan sempurna keimanan seseorangpun daripada kalangan kamu sehinggalah daku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada kasihnya terhadap ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.
Ya Allah semoga yang sudah punya Cinta di Hatinya kepada Nabi Muhammad tetapkanlah dan pertambahlah Cintanya
Allahumma Ya Allah hadirkan Nabi Muhammad didalam mimpi – mimpi kami
Wallahu’Alam Bis Showwab
No comments:
Post a Comment