Sunday 24 April 2011

TANDA 100 HARI AKAN MENINGGAL DUNIA......


Innalillahi wa innalillahi rojiun, datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya, semoga kita selalu menjadi orang - orang yang selalu mengingatNya dan beruntung serta saling mengingatkan.



Tanda 100 hari akan meninggal dunia...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sedar atau tidak.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini aakan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"Tanda 7 hari"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"Tanda 3 hari"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"Tanda 1 hari"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"Tanda akhir"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...



Thursday 21 April 2011

KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Ada seorang pengemis berbangsa Yahudi buta yang selalu duduk di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawwarah. Apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berpesan, "Wahai saudaraku janganlah kau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." Walaupun si Yahudi buta ni selalu mencaci dan memburuk-burukkan Rasulullah SAW, namun Baginda tetap mendatanginya setiap pagi dengan membawa makanan tanpa berkata sepatah pun. Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat. Setelah Baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap hari kepada pengemis Yahudi buta tersebut. 

Pada suatu hari, Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada Aisyah, "Anakku,adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah r.a menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah sahaja," 

"Apakah itu?" Tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," Kata Aisyah r.a.. 

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar hendak menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapa kamu??!" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa mendatangimu." 

"Bukan!! kamu bukan orang yang biasa mendatangiku!" jawab si Yahudi buta itu. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskan makanan tersebut dengan mulutnya sendiri dan setelah itu baru ia diberikan kepadaku," tambah pengemis tersebut. 

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Manusia yang mulia itu telah tiada lagi. Dia adalah MUHAMMAD RASULULLAH." 

Setelah pengemis buta itu mendengar cerita Abu Bakar r.a dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan Baginda tidak pernah memarahi aku walau sedikit pun. Dia mendatangi ku dengan dengan membawa makanan setiap pagi, alangkah mulianya..."Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucap syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.. 

LINANGAN KERANA CINTA

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. 

Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Manakala lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata “Ahad-Ahad” "-(Tuhan Yang Esa), malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur. 

Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal. Mereka memakaikannya dengan baju besi, kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari, malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w.Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. 
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. 

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut nama “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan. Bilal pun meninggalkan Kota Madinah. Sampai beberapa waktu lamanya ia tidak kembali ke madinah. 
Pada satu malam, beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah saw bersabda kepada beliau yang bermaksud: 
Mengapakah kekerasan hati ini wahai Bilal? Adakah belum masanya lagi untuk kamu menziarahiku? 

Mimpi ini mengejutkan Bilal dari tidurnya. Hatinya berkecamuk, fikirannya resah, kesedihan menguasai seluruh sarafnya. Perasaan rindu terhadap Rasulullah mengalir keseluruh tubuhnya. Mengimbas kenangan perjuangan bersama-sama Rasulullah dalam menegakkan kalimah Tauhid. Rindu yang tidak tertahan, lantaran itulah beliau terus bergegas ke Madinah al-Munawarah, kota yang menjadi penyaksian persaudaraan sesama Islam atas dasar kalimah Tauhid, serta memori yang terindah bersama Kekasih Tuhan, Muhammad saw. 

Setibanya di Madinah, beliau terus menuju ke pusara Rasulullah. Sejurus memandang makam nabi yang mulia itu, butir-butir mutiara jernih menitis, mengalir deras. Monolognya, 
“Betapa aku merinduimu wahai Rasulullah.Anak kepada ayahmu Abdullah, anak kepada ibumu Aminah, cucu kepada datukmu Abdul Mutalib, anak kepada pamanmu Abu Talib. Anak yatim yang cekal untuk terus hidup. Aku merindui saat bersama-sama dengan mu. Aku rindu saat-saat engkau bersama-sama kami, memberi semangat kepada kami saat kami lemah dan tak berdaya. Sungguh aku rindu untuk bertemu denganmu lagi. Aku rindu pada usapan dan senyumanmu, penuh dengan keikhlasan yang mendamaikan hati manusia yang memandang .” 

Bilal menangis teresak-esak, sambil menggosokkan wajah beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya tak terhingga kepada baginda. 

Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Bilal berada di pusara Rasulullah terus bertemu dengan beliau. Bilal terus memeluk kedua-duanya, cucu kesayangan nabi ini dan mencium mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Bilal tahu, mereka inilah yang menjadi kegembiraan kepada Rasulullah, sehingga dapat beliau melihat wajah Rasulullah yang tersenyum bermain dengan cucu-cucunya ini. Pertemuan syahdu ini membangkitkan kerinduan yang tak dapat dibendung terhadap Rasulullah. 

Hasan dan Husin, dengan penuh sayu, berkata, 
“Wahai Bilal, manusia teguh aqidah, manusia yang lisannya tetap dengan kalimah Ahad saat diseksa, manusia yang panjang lehernya ketika di akhirat, sesungguhnya kami merindui suara azanmu di sini, suara yang pernah dikumandangkan pada zaman datuk kami. Wahai Bilal, kami mohon, atas dasar kerinduan kau dan kami, seluruh penduduk Madinah di sini, gemakanlah Kota Cahaya ini dengan suara azanmu.” 

Pada asalnya, Bilal terlalu berat hati, menolak permintaan tersebut. Tetapi, Hasan dan Husin ini cucu Rasulullah. Tidak pernah Rasulullah menghampakan mereka, hatta sewaktu Nabi solat, saat sujud, ketika kedua-dua mereka bermain di atas belakang nabi, baginda sanggup tidak bangkit daripada sujud sehingga kedua-duanya turun dari belakang baginda. Tidak ingin beliau melukakan hati permata kesayangan Rasulullah ini, anak kepada Fatimah, mutiara yang paling dikasihi oleh Baginda. 
Maka, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid yang merupakan tempat beliau melaungkan azan ketika Rasulullah saw belum wafat. Berita bahawa Bilal akan mengumandangkan azan seperti api yang marak, tersebar seluruh Madinah, menyebabkan penduduk di Kota Aqidah itu yang terdiri daripada para sahabatRasulullah dan keluarga mereka terus keluar dari rumah-rumah mereka untuk mendengar laungan azan Bilal. 

Bilal, dengan seluruh jiwanya, menguatkan hatinya yang lembut untuk berdiri di tempat yang menjadi memorinya melaungkan azan pada zaman Rasulullah. Terlalu sebak hatinya untuk memulakan laungan azan ini. 

Allahu Akbar Allahu Akbar 

Bilal memulakan azan. Penduduk Madinah yang mendengar suara Bilal menangis teresak-esak. Inilah suara yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu, ketika Rasulullah masih hidup. Suara inilah yang telah membangkitkan semangat seluruh manusia yang beriman menuju kepada kejayaan, berkumpul di masjid Nabawi, solat bersama-sama dengan Rasulullah saw. Alangkah bahagianya pada waktu itu, Rasulullah sebagai imam kaum muslim, memimpin solat jemaah, dan mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada suara Rasul yang mulia itu, pemberi Syafaat kepada Umatnya. 

Mereka, penduduk Madinah, menjerit kesedihan hingga Bilal mengalunkan ; 
Asyhadu anna muhammadar Rasulullah 
Makin deras air mata mereka mengalir. Batin mereka menjerit seolah-olah melaungkan: 
“Kalaulah Muhammad itu masih hidup!” 
“Mengapakah engkau meninggalkan kami wahai Rasulullah??” 
“Kami rindu dengan senyuman dan bicaramu, duhai nabi akhir zaman.” 
Suasana kepiluan itu menyelubungi Madinah. Kesemua mereka mengesat air mata kecintaan pada Rasulullah. Ini tidak lain tidak bukan, mereka terkenangkan nostalgia silam mereka dan detik-detik manis bersama-sama dengan Rasulullah suatu ketika dahulu sehingga Bilal sendiri tidak mampu menyudahkan azan beliau lantaran tangisannya dan kesedihannya yang membungkam jiwanya ketika itu. 
Allahumma solli ala saidina Muhammad 

Para sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak bilangan orang yang menangis di Madinah al-Munawwarah selepas kewafatan Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka alami semasa hari kewafatan Rasulullah. 
Bilal tidak melanjutkan Azannya , akhirnya Bilal kembali pulang ke Iraq tempat dimana beliau Mensyiarkan Agama Nabi. Keyakinan Bilal kepada Nabi sangat penuh, sampai suatu saat seorang Ibu membawa anaknya dalam keadaan sakit parah merah wajahnya panas badannya. 

“Tolonglah wahai Sohib Rosulillah , kasihanilah anakku ini yang sudah hampir mati ini. 
Aku sudah membawanya ke semua tabib terkenal tapi tak satupun dari mereka yang mampu menyembuhkan penyakit anakku ini “keluh Si Ibu. Tunggu sebentar, Bilal masuk mengambil sebuah baju lalu dipakaikan ke anak tersebut. Kemudian anak tersebut membuka matanya kemudian duduk, lalu berdiri kemudian berbicara seolah tak terjadi apa – apa sebelumnya. Dibuka kain itu lalu dilipatnya lagi dan di ciuminya baju 

“Kain apakah yang engkau pakaikan wahai Sohib Rosulullah?” Tanya sang Ibu kepada Bilal.menjawab “ini dulu adalah baju Rosulullah SAW” 
Sampai tatkala waktu yang ditunggu–tunggu oleh sang Bilal……….. 
Waktu apakah itu adalah Kematian yang menjadi waktu Untuk mempertemukannya sang Bilal dengan Rosulullah 

Bahkan tidak hanya Untuk Bilal saja tapi Untuk seluruh sahabat – sahabat Rosulullah 
Kematian adalah saat–saat yang ditunggu–tunggu oleh mereka 
Ketika paniknya sang Isteri Bilal,” Aduh apakah yang boleh aku tolong untukmu Bilal?” 
Namun sang Bilal malah berkata “ Alangkah senangnya kerana beberapa saat lagi, beberapa detik lagi aku akan bertemu Allah dan Kekasihnya Nabi Muhammad. 

Demikian kisah kasih para Sahabat kepada baginda. Mungkin kita terlalu jauh tempohnya dengan baginda, terlalu jauh sehinggakan langsung kita tidak pernah melihat baginda, apatah lagi untuk bertutur bicara. Namun, baginda pernah bersabda, bahawa sesungguhnya baginda sangat-sangat mencintai umat akhir zaman yang istiqamah pada agamanya. Sabda ini menyebabkan para sahabat cemburu, tetapi, inilah keadilan Rasulullah pada umatnya. Kata baginda, sesungguhnya aku sangat-sangat mencintai mereka, kerana mereka tidak pernah mengenali dan bersama-sama denganku, tetapi, mereka cintakan aku dan Tuhanku, Tuhanmu. 

Kita, sebagai umatnya, bukankah menanti perjumpaan bertemu baginda, meminum air telaga Kauthar dari telapak tangan baginda. Tidakkah kita mengimpikannya? Diusap kepala oleh baginda, melihat baginda tersenyum dengan penuh syafaat yang akan meloloskan kita dari azab neraka? Tidakkah impian kita untuk memandang wajah seorang yang mulia? 

Sabda baginda yang bermaksud; Tidak akan sempurna keimanan seseorangpun daripada kalangan kamu sehinggalah daku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada kasihnya terhadap ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya. 

Ya Allah semoga yang sudah punya Cinta di Hatinya kepada Nabi Muhammad tetapkanlah dan pertambahlah Cintanya 

Allahumma Ya Allah hadirkan Nabi Muhammad didalam mimpi – mimpi kami 
Wallahu’Alam Bis Showwab 

PERBAIKI DIRI

Ramai yang berani membuka kekurangan orang lain, itu biasa. Orang yang berani membincangkan orang lain, itu juga tidak istimewa lantaran menginginkan orang lain untuk berubah .Tapi yang diinginkannya itu tidak juga wujud. 

Kita sudah terlalu banyak menggunakan waktu, tenaga dan fikiran untuk sesuatu yang di luar diri kita. Terlalu banyak energi dan potensi yang kita gunakan untuk memikirkan kesalahan, keburukan mahupun kelalaian orang lain. Namun, ternyata sikap kita yang kita anggap sebagai baik dan mulia itu tidak berkesan untuk memperbaiki apa yang kita anggapkan salah itu. Tindakan emosi seperti ini hanya sangat sedikit memberi nilai tambah kepada keperibadian kita. Bahkan, jika berlebihan, akan mengundang kebencian mahupun masalah baru. 

Kita ingin sangat keluarga berubah, kita ingin anak berubah tapi sebenarnya diri kita sendiri tidak pernah berubah, maka ini tidak akan terjadi!. Cubalah pula kita berani untuk melihat kekurangan diri sendiri, inilah yang luar biasa! Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita tidak pernah mempunyai waktu pun untuk mengubah diri kita sendiri. 

Si ibu memberi nasihat kepada anak sampai berbuih mulut pun tidak akan berkesan, kecuali kalau si ibu itu terlebih dahulu memperbaiki diri. Nah! Bukankah sekarang kita terlalu banyak memikirkan orang lain yang berubah sampai tidak ada waktu untuk mengubah diri sendiri?Orang yang dipimpin tidak akan pernah berubah sebelum pemimpinnya mengubah diri.Jangan menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri. Jangan melarang orang lain, sebelum melarang diri sendiri. Sehebat apapun perkataan kita, tidak akan ada harganya kalau kita tidak memperbaiki diri.Sebab yang disuruh memiliki mata, telinga dan fikiran. Setiap orang yang berbeza antara perkataan dan perbuatan akan jatuh wibawanya. 

Oleh itu, cubalah mulai saat ini kita beralih pula untuk berfikir tentang diri sendiri. Tapi bukan ke memikirkan diri sendiri itu adalah orang yang ego? Memang, pandangan itu sangat ada benarnya jika kita memikirkan diri sendiri lalu hasilnya juga hanya untuk diri sendiri. Tapi ketahuilah,sebenarnya dengan mengubah diri kita, bererti kita juga mengubah orang lain kerana orang lain bukan hanya mempunyai telinga, tetapi mereka juga ada mata, perasaan, fikiran yang dapat menilai siapa diri kita yang sebenarnya.Oleh itu, mulailah dari diri sendiri! InsyaAllah menyelamatkan dan mengubah seseorang atau sesuatu masyarakat, bangsa itu haris diawali dari diri sendiri. 

Bayangkanlah, jika setiap individu sibuk memperbaiki diri.Subhanallah.Sudah tentu akan tercipta keluarga yang bahagia, masyarakat dan negara yang baik pula. 

Semoga setiap masalah sebagai sarana untuk mengevaluasi dan memperbaiki diri kita kerana dengan itulah yang akan menjadi keuntungan bagi diri kita dan dapat mengundang pertolongan Allah Swt.Wallahualam. 



KENAPA SAYA?

Ketahuilah, hidup ini bagaikan gaung di pergunungan, apa yang kita bunyikan, suara itu pulalah yang akan kembali kepada kita. Ertinya, segala yang terjadi pada kita adalah buah dari apa yang kita lakukan. 

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula” (QS Al-ZalZalah [99]: 7-8) 


Allah Swt Maha Peka terhadap apapun yang kita lakukan. Dengan keadilanNya tidak akan ada yang satu pun yg tertinggal, siapa pun yang berbuat, sekecil dan tersembunyi apapun kebaikan, nescaya Allah Swt, akan membalas berlipat ganda dengan aneka bentuk yang terbaik menurutNya. Sebaliknya, kezaliman sehalus apapun yang kita lakukan seperti menzalimi orang lain, padahal sesungguhnya kita sebenarnya menzalimi diri sendiri, akan mengundang bencana balasan dari Allah Swt, yang pasti lebih dahsyat. Naudzubillah. 
Andaikata ada batu yang menghentam kening kita, selain hati harus redha, kita juga harus merenung, mengapa Allah menimpakan batu ini tepat ke kening kita, padahal kawasan lain begitu luas sedangkan kepala ini sangat kecil? Boleh jadi semua ini adalah peringatan bahwa kita sangat sering lalai bersujud, atau sujud kita lalai dari mengingatiNya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, sudah pasti segalanya ada hikmahnya. 

Dompet hilang? Mengapa dari satu bas, hanya kita yang ditakdirkan hilang dompet? Jangan kita sibuk menyalahkan pencuri kerana memang sudah jelas orang itu salah dan memang itulah pekerjaannya. Renungkankah, boleh jadi kita ini termasuk si bakhil, kedekut, dan Allah Maha Mengetahui jumlah zakat dan sedekah yang kita dikeluarkan. Tidak ada perkara yg sulit bagiNya untuk mengambil apapun yang dititipkan kepada hamba-hambaNya. 

Apa saja kejadian yang menimpa dan dalam bentuk apapun adalah sarana yang paling tepat untuk mengevaluasi segala yang terjadi. Pasti ada hikmah tersendiri yang sangat bermanfaat, andaikata kita ingin bersungguh-sungguh merenunginya. 

KISAH-KISAH TELADAN - RIYA'

KISAH 1: PADA satu waktu sahur, seorang abid membaca al-Qur'an al-Karim, surah "Thaha", di biliknya yang berhampiran dengan jalan raya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah al-Qur'an al-Karim. Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thaha" dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan. Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telah kubaca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun. Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata, "Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang ttidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy: 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya". Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?" "Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumahmu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu. Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu". Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riyak menyusup masuk ke dalam kalbuku. Dan, sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekejip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya. Benarlah kata alim ulamak, serangan penyakit riyak atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun".


KISAH 2: DIKISAHKAN, seorang lelaki yang telah dua kali mengerjakan haji, menjemput Sufyan al-Tsauri dan sahabat-sahabatnya untuk menghadiri majlis kesyukuran dan jamuan makan di rumahnya Setelah para jemputan datang, lelaki yang telah dua mengerjakan haji itu, menyuruh isterinya menghidangkan makanan yang istimewa. Di depan para jemputan, dengan suara lantang yang disengajakan, dia berkata kepada isterinya yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur : "Untuk meraikan para tetamu kita yang istimewa semuanya ini, hidangkan makanan yang istimewa di dalam pinggan istimewa yang baru kita beli di Mekah ketika kita mengerjakan haji kali yang kedua itu. Jangan gunakan pinggan-mangkuk yang kita beli ketika mengerjakan haji kali yang pertama dulu!" Sufyan al-Tsauri lalu berkata kepada leleaki itu,"Sayang sekali. Cakapmu itu ternyata mengandungi unsur riyak dan telah membinasakan ibadah hajimu!"


KISAH 3:  SEORANG alim menceritakan mimpi seorang hamba Allah. Kisah mimpi itu sebagaimana berikut : SETELAH Hasan al-Bashri pulang ke rahmatullaah, seorang hamba Allah bermimpi menemuinya. Hamba Allah itu bertanya kepada Hasan al-Bashri tentang keadaan yang berlaku ke atas dirinya setelah dia mati. Menjawab pertanya itu, Hasan al-Basri menceritakan: Dia telah dibawa mengadap Allah Taala, lalu Allah berfirman kepadanya: "Hai Hasan. Adakah engkau ingat, suatu hari dulu, ketika engkan sedang sembahyang di masjid dan engkau sedar ada orang yang sedang memerhatikan keadaan sembahyangmu, lalu engkau mengelokkan keadaan sembahyangmu itu untuk dipuji oleh orang itu? Jikalau sebelum itu tidak engkau mulakan sembahyangmu itu dengan ikhlas, sudah pasti Aku menghalaumu sekarang dan Aku putuskan perhubunganmu dengan-Ku!".

Firman Allah (Surah Al-Baqarah 264):
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan menghilangkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti(perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman: “Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?” Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:“Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku”.

Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, “Hai, orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku”.

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, ‘Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-domba dan pendengki”.

Ibnu ‘Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,“Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riya’”.Ibnu ‘Abbas bertanya, “Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan manusia yg pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah:

1) Orang yg mati syahid pada zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya: ' apa yg telah engkau lakukan? Dia menjawab:' , “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.'ALLAH berfirman yg bermaksud: Engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau brperang dgn niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat supaya orang itu diheret pd mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dlm NERAKA.

2) Orang yg mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya:' Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”. Dia menjawab:', “Ya, wahai Tuhanku”,  Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.Apabila lelaki itu menjawab “Aku tlh mempelajri ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan slalu membaca al-Quran krna MU, Allah SWT berfirman yg bermaksud:: engkau berdusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian.Yg sbnrnya engkau mempelajarinya spya engkau disebut sebagai qari dan Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. “Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.Lalu ALLAH memerintahkan Malaikat agar org tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

3) Orang yg diberi kekayaan yg melimpah oleh Allah. yg digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”. Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.Dia menjawab: Tiada satu kesempatan pun yg didalamnya engkau suka agar seseorg mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedkah di dalamnya krna MU.' ALLAH berfirman dan diikuti oleh para malaikat:' engkau berdusta. Yg sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg yg dermawan dan engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”..' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat agar org tersebut diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan kedalam NERAKA".

Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

 Kita mesti memperingatkan diri kita agar JANGAN bersikap riya’ dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami.Ya Allah ikhlaskan hati kami dlm berbuat suatu perkara agar ia dikira sbg amal kebajikan. Amin, ya Rabbal alamin.

RIYA' / MENUNJUK-NUNJUK

Riyak berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka riya’ pula bermakna memperlihatkan.  Dalam istilah Islam pula bermakna menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riyak bermaksud sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.  Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manfaat dunia. 

Riyak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim

Riyak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Kenapa riyak dikatakan syirik?Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik. 


Ketahuilah bahawa riyak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya. Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu  rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riyak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata. Riyak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian. Antara contoh-contoh riyak adalah :
1-      Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
2-      Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
3-      Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
4-      Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Ada juga segelintir orang, status terkini di facebook dan di blog-blog gemar diisi dengan menceritakan diri sendiri telah melakukan kebaikan itu, kebaikan ini,berpuasa,qiamullail, bersedekah, hebat itu dan ini dan sebagainya. Tidak salah untuk menunjukkannya agar orang lain turut mengikuti, namun Islam menganjurkan agar merahsiakan segala amalan baik kerana takut perasaan riyak akan timbul.Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Serendah-rendah riyak adalah syirik.


Nabi Muhammad Saw berkata : Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’
Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadistnya yang mulia : 
Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, 
Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Al Imam Ahmad )



Sepertimana firman Allah Ta'ala;
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Mauun Ayat 4-

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.


Yang sebenarnya hakikat semuanya ini bermula dengan niat. Jika murni niatnya maka tiadalah menjadi masalah namun sekiranya ada kesamaran lebih baik dirahsiakan amalan-amalan baik ini supaya tidak rosak dan diredhai Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia atau pun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannya semasa dia berhijrah.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik. Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya:“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20

MOTIVASI BERAMAL AKHIRAT KERANA DUNIA

Itulah yang sering kita lihat pada umat Islam saat ini.Berbagai macam kenikmatan didunia baik berupa harta, kedudukan dan lainnya merupakan ujian yang banyak menjerumuskan manusia ke jurang kesesatan. Demi mencapai kenikmatan dunia seseorang boleh saja rela berbuat apapun asal keinginannya terwujud. Tujuan hidupnya seolah-olah hanya untuk mencapai kesenangan duniawi belaka. Bahkan aktiviti ibadahnya pun tidak lepas dari keinginan untuk mendapatkan kenikmatan duniawi.

Mereka memang gemar sekali bersedekah dan rajin bangun di tengah malam untuk bertahajud, namun dengan tujuan hanyalah untuk memperlancar rezeki dan karier. Niat di dalam hati senyatanya tidak ikhlas kerana Allah, namun hanya ingin mendapatkan tujuan-tujuan duniawi semata-mata. Kalau memang demikian, mereka adalah termasuk orang-orang yang tercela sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut.

Allah Ta’ala berfirman,“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud [11] : 15-16)

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa siapa saja yang menghendaki balasan duniawi dari amal ibadahnya, maka Alllah akan memberikannya di dunia ini. Akan tetapi kelak ia akan merugi di hari kiamat, ketika ia sangat memerlukan amal ibadah. Bahkan dengan amal ibadahnya itu ia telah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Balasan amal solehnya itu telah ia rasakan di dunia, seluruhnya telah terhapus, hilang serta tidak dapat digunakan untuk menyelamatkannya pada hari kiamat.

Mereka yang beramal seperti ini: “nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan”. Maksudnya adalah mereka akan diberikan dunia yang mereka inginkan. Ini semua diberikan bukan kerana mereka telah berbuat baik, namun semata-mata akan membuat terlena dan terjerumus dalam kebinasaan kerana rosaknya amalan mereka. Dan juga mereka tidak akan pernah yubkhosuun, iaitu dunia yang diberikan kepada mereka tidak akan dikurangi. Ini bererti mereka akan diberikan dunia yang mereka cari seutuhnya (sempurna).

Sungguh betapa banyak orang yang melaksanakan solat malam, puasa sunnah dan banyak sedekah, namun itu semua dilakukan hanya bertujuan untuk menggapai kekayaan dunia, memperlancar rezeki, umur panjang, dan lain sebagainya.

Jika seseorang beramal untuk mencari dunia, maka dia memang akan diberi. Dengan banyak melakukan amalan soleh,dengan solat tahajud, puasa isnin-khamis yang dia lakukan hanya ingin meraih dunia, maka dunia memang akan dia peroleh dan  Allah pun tidak akan mengurangi hal tersebut sesuai yang Dia tetapkan.Ia boleh jadi seseorang akan bertambah sihat, rezeki semakin lancar dan karier terus meningkat. Dan itu senyatanya yang mereka peroleh namun apa yang mereka peroleh di akhirat? Sungguh di akhirat dia akan sangat merugi. Dia tidak akan memperoleh balasan di akhirat disebabkan amalannya yang hanya ingin mencari-cari dunia.

Lihatlah firman Allah selanjutnya (yang ertinya), “Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka”. Inilah akibat orang yang hanya beribadah untuk mendapat tujuan dunia saja. Mereka memang di dunia akan mendapatkan apa yang mereka inginkan. Adapun di akhirat, mereka tidak akan memperoleh pahala kerana mereka dalam beramal tidak menginginkan akhirat.

Orang-orang seperti ini juga dikatakan: “lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”. Ini semua dikeranakan mereka dahulu di dunia beramal tidak ikhlas untuk mengharapkan wajah Allah sehingga ketika di akhirat, sia-sialah amalan mereka. (Lihat penjelasan ayat ini di I’aanatul Mustafid, 2/92-93)


Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menafsirkan surat Hud ayat 15-16. Beliau –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan, “Sesungguhnya orang yang riya’, mereka hanya ingin memperoleh balasan kebaikan yang telah mereka lakukan, namun mereka minta segera dibalas di dunia.” 

Ibnu ‘Abbas juga mengatakan,“Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, solat atau solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang merugi”. 

Qotadah mengatakan,“Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari-cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai balasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dalam beribadah (yang hanya ingin mengharapkan wajah Allah), dia akan mendapatkan balasan di dunia juga dia akan mendapatkan balasan di akhirat.”(Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, tafsir surat Hud ayat 15-16)

Allah Ta’ala berfirman,“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (QS. Asy Syuraa: 20)

Ibnu Katsir –rahimahullah- menafsirkan ayat di atas," … Namun jika yang ingin dicapai adalah dunia dan dia tidak punya keinginan menggapai akhirat sama sekali, maka balasan akhirat tidak akan Allah beri dan dunia pun akan diberi sesuai dengan yang Allah kehendaki. Dan jika Allah kehendaki, dunia dan akhirat sekaligus tidak akan dia peroleh. Orang seperti ini hanya merasa senang dengan keinginannya saja, namun barangkali akhirat dan dunia akan lenyap seluruhnya dari dirinya.” 

Ats Tsauri berkata, dari Mughiroh, dari Abul ‘Aliyah, dari Ubay bin Ka’ab -radhiyallahu ‘anhu-, beliau mengatakan,“Umat ini diberi khabar gembira dengan kemuliaan, kedudukan, agama dan kekuatan di muka bumi. Barangsiapa dari umat ini yang melakukan amalan akhirat untuk meraih dunia, maka di akhirat dia tidak mendapatkan satu bagian pun.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya, Al Hakim dan Al Baiaqi. Al Hakim mengatakan sanadnya shahih. Syaikh Al Albani mensahihkan hadits ini dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib)

Terdapat pula riwayat dalam Al Baihaqi, Rasulullah  bersabda,"Umat ini diberi khabar gembira dengan kemudahan, kedudukan dan kemulian dengan agama dan kekuatan di muka bumi, juga akan diberi pertolongan. Barangsiapa yang melakukan amalan akhirat untuk mencari dunia, maka dia tidak akan memperoleh satu bagian pun di akhirat. ”