Thursday, 21 April 2011

KISAH-KISAH TELADAN - RIYA'

KISAH 1: PADA satu waktu sahur, seorang abid membaca al-Qur'an al-Karim, surah "Thaha", di biliknya yang berhampiran dengan jalan raya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah al-Qur'an al-Karim. Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thaha" dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan. Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telah kubaca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun. Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata, "Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang ttidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy: 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya". Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?" "Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumahmu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu. Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu". Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riyak menyusup masuk ke dalam kalbuku. Dan, sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekejip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya. Benarlah kata alim ulamak, serangan penyakit riyak atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun".


KISAH 2: DIKISAHKAN, seorang lelaki yang telah dua kali mengerjakan haji, menjemput Sufyan al-Tsauri dan sahabat-sahabatnya untuk menghadiri majlis kesyukuran dan jamuan makan di rumahnya Setelah para jemputan datang, lelaki yang telah dua mengerjakan haji itu, menyuruh isterinya menghidangkan makanan yang istimewa. Di depan para jemputan, dengan suara lantang yang disengajakan, dia berkata kepada isterinya yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur : "Untuk meraikan para tetamu kita yang istimewa semuanya ini, hidangkan makanan yang istimewa di dalam pinggan istimewa yang baru kita beli di Mekah ketika kita mengerjakan haji kali yang kedua itu. Jangan gunakan pinggan-mangkuk yang kita beli ketika mengerjakan haji kali yang pertama dulu!" Sufyan al-Tsauri lalu berkata kepada leleaki itu,"Sayang sekali. Cakapmu itu ternyata mengandungi unsur riyak dan telah membinasakan ibadah hajimu!"


KISAH 3:  SEORANG alim menceritakan mimpi seorang hamba Allah. Kisah mimpi itu sebagaimana berikut : SETELAH Hasan al-Bashri pulang ke rahmatullaah, seorang hamba Allah bermimpi menemuinya. Hamba Allah itu bertanya kepada Hasan al-Bashri tentang keadaan yang berlaku ke atas dirinya setelah dia mati. Menjawab pertanya itu, Hasan al-Basri menceritakan: Dia telah dibawa mengadap Allah Taala, lalu Allah berfirman kepadanya: "Hai Hasan. Adakah engkau ingat, suatu hari dulu, ketika engkan sedang sembahyang di masjid dan engkau sedar ada orang yang sedang memerhatikan keadaan sembahyangmu, lalu engkau mengelokkan keadaan sembahyangmu itu untuk dipuji oleh orang itu? Jikalau sebelum itu tidak engkau mulakan sembahyangmu itu dengan ikhlas, sudah pasti Aku menghalaumu sekarang dan Aku putuskan perhubunganmu dengan-Ku!".

Firman Allah (Surah Al-Baqarah 264):
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan menghilangkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti(perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman: “Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?” Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:“Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku”.

Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, “Hai, orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku”.

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, ‘Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-domba dan pendengki”.

Ibnu ‘Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,“Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riya’”.Ibnu ‘Abbas bertanya, “Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan manusia yg pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah:

1) Orang yg mati syahid pada zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya: ' apa yg telah engkau lakukan? Dia menjawab:' , “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.'ALLAH berfirman yg bermaksud: Engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau brperang dgn niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat supaya orang itu diheret pd mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dlm NERAKA.

2) Orang yg mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya:' Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”. Dia menjawab:', “Ya, wahai Tuhanku”,  Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.Apabila lelaki itu menjawab “Aku tlh mempelajri ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan slalu membaca al-Quran krna MU, Allah SWT berfirman yg bermaksud:: engkau berdusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian.Yg sbnrnya engkau mempelajarinya spya engkau disebut sebagai qari dan Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. “Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.Lalu ALLAH memerintahkan Malaikat agar org tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

3) Orang yg diberi kekayaan yg melimpah oleh Allah. yg digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”. Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.Dia menjawab: Tiada satu kesempatan pun yg didalamnya engkau suka agar seseorg mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedkah di dalamnya krna MU.' ALLAH berfirman dan diikuti oleh para malaikat:' engkau berdusta. Yg sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg yg dermawan dan engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”..' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat agar org tersebut diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan kedalam NERAKA".

Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

 Kita mesti memperingatkan diri kita agar JANGAN bersikap riya’ dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami.Ya Allah ikhlaskan hati kami dlm berbuat suatu perkara agar ia dikira sbg amal kebajikan. Amin, ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment