Kita sering memperkatakan tentang pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan kehendak kita, kesukaan kita dan kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan sesuatu (amalan) bukan dengan penuh kecintaan, dan senang hati untuk melakukannya, ia adalah sesuatu yang ditolak dan dikeji.
Selalu kita dengari alasan-alasan seperti "hati masih belum terbuka"; "beramal tapi kalau tak ikhlas tak guna jugak" ; "kalau buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik x yah buat" dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu yang tertolak.,dan kerana itulah mereka meninggalkannya. Kerana itulah masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.
Selalu kita dengari alasan-alasan seperti "hati masih belum terbuka"; "beramal tapi kalau tak ikhlas tak guna jugak" ; "kalau buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik x yah buat" dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu yang tertolak.,dan kerana itulah mereka meninggalkannya. Kerana itulah masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.
Lihatlah bagaimana pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. untuk mendapatkan ketaqwaan dan kecintaan Allah dan juga balasan yang baik daripadaNya. Untuk kita mendapatkan ketaqwaan dan keimanan yang mendalam seperti ini perlulah kita membuat suatu pengorbanan. Kita tanyalah diri sendiri dan jawab secara jujur.Apakah pengorbanan kita? Apakah perkara yang amat kita sayangi dan kita hargai? Harta kita, Ilmu kita, pangkat dan kedudukan kita, kecantikan kita, kekuatan jasmani kita. Jawapannya hanya pada diri masing-masing.
Jadi apa yang terkorban dalam hidup kita demi kepentingan Islam? Kita tahu akan kekuatan dan kelemahan kita maka gunakanlah kekuatan dan kemahiran kita untuk membuat sedikit pengorbanan dan usaha bagi kepentingan agama, bangsa dan negara.Perlu lahir dari kalangan umat ini semangat pengorbanan yang dimiliki oleh Rasulullah dan para sahabat. Perlu ada di kalangan umat ini 'figure' yang memiliki jiwa besar umpama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Perlu ada golongan yang keluar merentasi desa, menyeberangi lautan, mendaki bukit bukau, mengharungi onak dan duri, berkelana di rimba, terbang ke tujuh benua demi membuktikan kecintaannya kepada agama Allah SWT mengatasi kecintaan kepada yang lain.
Namun lain pula halnya jika kita melakukan sesuatu yang kita tidak sukai demi orang yang tersayang (iaitu kekasih kita) . Jika kita sanggup mengenepikan kepentingan diri kita, dan melakukan sesuatu yang tidak kita sukai demi kekasih kita, ia dikatakan sangat ikhlas. Dan dia dikatakan mencintai kekasihnya dengan penuh keikhlasan (kerana sanggup lakukan apa sahaja walaupun tidak disukainya demi kekasihnya). Namun mengapakah pendangan kita sangat berbeza jika kita berkorban untuk Tuhan kita yang sepatutnya menjadi "Kekasih Agung" kita?????
Janganlah kerana fahaman-fahaman kita yang silap itu menghalangi kita daripada memperbaiki diri kita walaupun ia kelihatan lebih benar; kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran: Dan syaitan memperindahkan kepada mereka apa yang mereka lakukan [al-an'aam ].
...........................................................................................................................................
Kesempurnaan pengorbanan terletak pada adanya sesuatu yang terkorban dari orang yang berkorban.
Kesempurnaan pengorbanan terletak pada adanya sesuatu yang terkorban dari orang yang berkorban.
Pertama: Harta benda, berlaku kekurangan harta benda dan wang ringgit miliknya. Hingga diri dan keluarganya hidup di tahap paling sederhana. Tidak boleh mendakwa dirinya pejuang yang banyak berkorban andainya hidup semakin mewah, semakin senang dan harta semakin bertimbun.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah ditanya apabila beliau mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah, apa lagi yang tinggal untuknya? Beliau menjawab: "Allah dan Rasul"
Kedua: Masa, untuk terbangunnya kejayaan umat, banyak masa perlu digunakan. Tidak boleh 'part time' atau kalau ada masa. Melainkan hilang segala masa rehat, masa santai dan privacy. Terlalu sempit ruang waktu untuk urusan peribadi dan keluarga.
Sayidina Umar Ibnu Khattab pernah berkata:
"Aku tidak dapat tidur di siang hari kerana bimbang urusan aku dengan rakyat tidak selesai, dan aku juga tidak dapat tidur di malam hari kerana bimbang kalau urusan aku dengan Tuhanku tidak selesai."
Ketiga: Tenaga, diri sendiri itulah merupakan sumber tenaga untuk dikorbankan. Tenaga yang tercurah untuk perjuangan Islam itu tidak lagi dapat digunakan untuk menambah pendapatan atau mengumpul kekayaan.
Keempat: Perasaan, kedapatan juga umat yang mahu berkorban membangunkan Islam tetapi memilih dalam bentuk yang seronok, pujian dan sanjungan. Atau bentuk-bentuk yang tidak sampai menanggung derita jiwa kerana menghadapi tentangan. Apa jua jenis risiko yang bakal dihadapi akan diusahakan menghindarinya. Sedangkan memang menjadi sunnatullah para pejuang terpaksa banyak menekan perasaan kerana risiko yang dihadapi.
Kelima: Fikiran, Sayidina Umar Ibnu Khattab sangat dukacita andainya umat ini terdiri dari orang yang lemah mentalitinya walaupun bertaqwa. Anehnya kini kepintaran dan ketinggian mental umat Islam lebih banyak digunakan untuk membangunkan material. Umat perlukan master mind yang mampu merancang, buah fikiran yang bernas, minda yang bersih. Kepintaran diperlukan untuk mengupas isi Al Quran dan mencapai ilmu Islam yang lainnya. Individu muslim yang pintar perlu berkorban demi kedaulatan Islam.
Keenam: Nyawa, ini yang dilakukan oleh para sahabat.
Milik manusia yang paling disayangi ialah nyawa. Para sahabat menukar ganti nyawa mereka demi untuk kemuliaan Islam kerana Allah SWT.
Berkorban apa saja - Hang Tuah
No comments:
Post a Comment