Showing posts with label Kisah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Rasulullah. Show all posts

Monday, 27 June 2011

KISAH QORBAN DAN CINTA KEPADA ALLAH

Kisah 1: Nabi Adam

Korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korban daripada hasil pertaniannya, dan sebagai penternak, Habil mengorbankan haiwan peliharaannya untuk korban. Qabil mengeluarkan korban yang afdal (terbaik), iaitu hasil ternakan yang sihat, manakala Habil sebaliknya. Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27) Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat. Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan. 


Kisah 2: Nabi Ibrahim.


Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Di saat penyembelihan hendak dilaksanakan Nabi Ismail a.s. berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah; hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya; hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah; hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar memper-cepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu amat sakit sekali; hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya: 'Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah', janganlah diberitahu kepadanya bagaimana cara ayah menyembelih saya dan bagaimana ayah mengikat tangan saya; hendaklah ayah tidak membawa anak-anak (seusia saya) ke rumah ibu, supaya rasa sedihnya tidak timbul kembali dan kalau ayah mengetahui anak yang sebaya saya, hendaklah ayah tidak melihatnya, sehingga ayah terkenang menjadi susah dan duka'

Maka kata Nabi Ibrahim a.s: "Sebaik-baik penolong, adalah engkau hai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah Taala."Dan diletakkan pisaunya pada leher puteranya, maka dia mulai menyembelihnya dengan kuat sekali, akan tetapi dia tidak mampu melukai lehernya. Kemudian Nabi Ismail a.s berkata: "Wahai ayahku, lepaskanlah tali tangan dan kakiku, supaya Allah Taala tidak memandang saya sebagai orang yang terpaksa."

Maka Nabi Ibrahim pun menelentang kedua tangan Ismail dan kedua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajahnya ke arah tanah, lalu menetak pisaunya dengan sekuat tenaga. Pisau itu membalik serta tidak dapat melukai leher Ismail dengan izin Allah.  Kata Ismail a.s: "Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah, kerana masih ada rasa cintamu kepadaku, sehingga ayah tidak dapat menyembelih saya." Maka Nabi Ibrahim memukulkan pisau itu kepada batu, dan batu itu terputus dua. Kata Ibrahim a.s: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu, tetapi kamu tidak dapat memotong daging?"

Pisau itu berkata dengan izin Allah: "Hai Ibrahim, engkau mengatakan: 'Potonglah!', sedangkan Allah berfirman: 'Jangan engkau potong', maka bagaimana boleh saya mentaati engkau sedangkan saya harus pula mender-hakai Tuhanmu?" Kemudian Allah berfirman:  Maksudnya: "Dan Kami (Allah) menyeru: Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang yang berbuat baik."Lalu Malaikat Jibril a.s telah datang membawa seekor kibas sebagai gantian Nabi Allah Ismail a.s.

Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban. Orang yang menyatakan dirinya berjuang, tanpa ada kemahuan untuk berkorban, sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya untuk berjuang sekali gus berkorban, iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Justeru kisah pengorbanan yang klasik ini diabadikan di dalam Al-Qur’an dan juga di dalam Doa Iftitah yang kita ucapkan dalam solat kita sempena doa Nabi Ibrahim: “Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku, dan matiku, hanya untuk-Mu Ya Rabbi!”


Kisah 3:  Nabi Muhammad SAW.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3) 

Perbuatan Rasulullah S.A.W seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud dan lain-lainnya menyatakan bahawa setiap Hari Raya Adha, Rasulullah S.A.W menyembelih dua ekor kambing yang gemuk, bertanduk dan berbulu putih bersih. Baginda mengimami sembahyang dan berkhutbah, sesudah itu baginda memegang kambing berkenaan dan bersedia untuk menyembelih, lalu berdoa:

"Ya Allah, terimalah ini dari Muhammad dan ahli keluarga Muhammad."

Kemudian baginda menyembelihnya. Sesudah itu baginda membaringkan kambing yang lagi satu dan berdoa:

"Ya Allah, terimalah ini daripada Muhammad dan umatku".

Sebahagian dagingnya dimakan oleh baginda dan keluarganya, dan sebahagian yang lain dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Maka makanlah kamu akan daging binatang korban itu dan berilah makan kepada orang susah, yang fakir miskin."
-Surah Al-Haj:Ayat 28




Pembahagian daging korban mengandungi makna sebagai cara untuk mendekatkan hubungan antara orang kaya dan miskin, antara orang berada dengan orang yang serba kekurangan. Malah ibadah korban adalah wahana penghubung yang dilandaskan rasa kemanusiaan, sehingga boleh menimbulkan rasa kasih dan simpati sesama manusia. Maka inilah ibadah yang menggambarkan syariat Islam, di mana manusia dapat mendekati Allah S.W.T atau "bertaqarrub" kepadanya apabila hamba berkenaan mendekati saudara-saudaranya yang berada dalam kesusahan.

Mereka yang akan menjalankan ibadah korban, disunatkan bagi mereka agar menyembelih binatang korban mereka itu sendiri. Jika tidak mampu maka saksikanlah upacara korban itu sendiri. Lihatlah upacara korban itu apabila darah pertama mula mengalir ke bumi, kerana ketika itulah Allah s.w.t mengampuni dosa-dosa yang telah lalu dari orang yang melakukan korban itu. Rasulullah s.a.w telah menyuruh puterinya Fatimah r.a untuk menyaksikan ibadah korban yang dijalankan atas namanya. Sabda beliau:

قُوْمِيْ إِلَى أَضْحِيَتِكِ فَاشْهَدِيْهَا فَإِنَّهُ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوْبِكِ . 

Ertinya:  Bangunlah dan pergilah menyaksikan ibadah korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan pertama darah yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. 
Maka kita disunatkan agar menyaksikan ibadah korban kita itu dan berdoalah kepada Allah: 'Ya Allah! Ini adalah dari Engkau dan untuk Engkau maka terimalahnya dari kami.' Semoga ibadah korban kita ini diterima Allah s.w.t, amin. 

Paling penting keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu. Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban. Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Tuesday, 3 May 2011

KISAH DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a., ia berkata : ” Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang sahabat dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar : “ Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, kerana kalian memerlukanku ”. Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat :” Apakah kalian tahu siapa yang menyeru itu ?”. Para sahabat menjawab , ” Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ”. Rasulullah berkata : “ Dia adalah Iblis yang terkutuk – semoga Allah senantiasa melaknatnya”. Umar bin Khattab r.a. berkata :” Ya, Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?”. Nabi SAW berkata pelan :” Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahawa dia termasuk mereka yang tertunda kematiannya sampai waktu yang ditentukan ?. Sekarang silakan bukakan pintu untuknya, kerana ia sedang diperintahkan Allah SWT. Fahamilah apa yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia sampaikan kepada kalian ! ”. 



Ibnu Abbas berkata : “ Maka dibukalah pintu, kemudian Iblis masuk ke tengah-tengah kami. Ternyata dia adalah seorang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Dagunya berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang , kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir macan / kerbau . Dia berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”. Nabi SAW menjawab :” Assamu lillah ya la’iin AKU telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis”. 


Iblis berkata :” Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa . 

Nabi SAW berkata :” Apa yang membuatmu terpaksa harus datang kesini, wahai terlaknat?”. 

Iblis berkata,” Aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung, ia berkata kepada-ku ‘Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad SAW dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekayasamu terhadap Bani Adam, bagaimana engkau membujuk dan merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan kepa-damu’. Allah SWT bersabda,” Demi kemulia-an dan keagungan-Ku, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas oleh angin dan Aku puaskan musuhmu karena bencana yang menimpamu”. 

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanyakan kepadaku, nescaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku daripada leganya musuh-musuhku yang menimpa diriku”. 

Rasulullah kemudian mulai bertanya :” Jika kamu jujur, beritahukanlah kepada-ku, siapakah orang yang paling kamu benci ?”. 

Iblis menjawab :” Engkau, wahai Muhammad, engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci, dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”. 

Rasulullah : Bagaimana pendapatmu tentang aku?

Iblis : Aku mampu mengubah diri, bentuk, rupa serta suara siapapun bahkan menirukan segala suara binatang dan lain-lain. Namun aku tak sanggup menyamar menyerupaimu karena Allah melarang keras. Sekali-kali aku tak berani melangggar larangan itu. Bila aku berbuat juga niscaya hancurlah aku menjadi abu.

Rasulullah : Bagaimana caramu memperlakukan makhluk Allah?

Iblis : Ada beberapa cara :
- Terhadap wanita kugiatkan nafsunya hingga merenggangkan kedua pahanya kepada laki-laki yang bukan suaminya. Dengan begini terjadilah perzinahan.
- Sebagian kulalaikan dari zakat, dan kuberdayakan dengan makanan dan minuman haram serta perbuatan maksiat.
- Sebagian aku lalaikan dengan harta kekayaan sehingga dengan itu mereka berbuat maksiat.
- Antara kaum laki-laki dan kaum wanita kuperdaya imannya hingga berbelok dan lemah. Dengan demikian lebih mudah bagiku menarik mereka ke jalan maksiat. Kusenangkan mereka di tempat-tempat hiburan dengan minuman keras. Dan bila rasa malu telah hilang kerana mabuk maka hilang pula akal dan pikirannya, saat itu kutaburkan syahwat di antara mereka sehingga terbukalah pintu-pintu maksiat yang besar.
- Dan apabila mereka terlanjur melakukan maksiat-maksiat besar lalu ingin bertaubat dan mulai beribadah lagi maka kukerahkan segala taktik supaya mereka menangguhkan taubat dan ibadahnya.
- Sebahagian kumasuki hatinya supaya mereka beramal dengan riya (supaya dipuji orang) dan ujub (mengagumi amalnya sendiri). Penghasutan ini berlaku siang dan malam.

Rasulullah : Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekarjaan yang tak memberimu faedah malah menambah kutuk dan laknat bagimu di akhirat.

Iblis : Ini disebabkan oleh hawa nafsu, takabbur, hasad dan dengki sehingga menjatuhkan aku kedalam kehinaan. Aku telah beribu-ribu tahun menjadi pemimpin segala malaikat melakukan tasbih dan ibadah kepada Allah sampai datanglah firman Allah kepada kami:

"Aku hendak menciptakan seorang khalifah di dunia".

Dan setelah Adam tercipta, kami diperintahkan sujud kepadanya. Semua malaikat sujud tetapi aku tidak dengan alasan aku lebih mulia daripada Adam kerana aku diciptakan dari api sedang Adam dari tanah. 

Dan kerana kesombonganku Tuhan murka. Aku diusir dan dilaknat sampai hari kiamat. Wajahku yang dulunya bercahaya dan cakap sirna menjadi buruk dan keji, sedangkan Adam ditetapkan menjadi khalifah dan bertempat tinggal di syurga bersama isterinya Siti Hawa. Mereka bergembira ria didalamnya sehingga dendamku menjadi-jadi. Melalui Hawa tipu dayaku berhasil. Mereka memakan buah larangan, lalu Allah murka dan menurunkan mereka di tempat yang terpisah di bumi. Setelah sekian lama baru mereka bertemu kemudian mempunyai anak laki-laki dan perempuan. Lalu kuhasut pula anak Adam yang bernama Qobil agar membunuh saudaranya Habil. Aku belum puas sampai disitu, aku akan terus memperdaya anak cucu Adam hingga hari kiamat. Namun setelah engkau diutus, segala rayuan dan pujukan yang kulakukan terhalang kerana mereka Engkau ajak menganut agama Islam. Dahulu sebelum engkau dilahirkan, aku dan tentera-tenteraku bebas naik ke langit mencari rahsia-rahsia tentang nasib manusia atau tulisan yang menyuruh manusia beribadah dengan ganjaran syurga. Maka apabila aku turun kubisikkan pada mereka dengan cara yang bertentangan sehingga mereka tersesat. Tetapi sejak engkau dilahirkan, golongan iblis tidak lagi diperbolehkan naik ke langit. Pintu-pintu langit dijaga ketat oleh malaikat-malaikat dan bila aku dan tenteraku berkeras menerobosl langit, para malaikat membidik dengan panah-panah berapi. Banyak tenteraku yang terbakar kerananya.

Rasulullah : Apa yang lebih engkau dahulukan dalam memperdayakan manusia?

Iblis : Pertama sekali kupalingkan imannya supaya mengubah iktikadnya dari mukmin kepada syirik, baik dari perkataan, perbuatan mahupun niat di hatinya. Jika tidak dapat kupalingkan dengan cara ini aku mengubah cara dengan mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan terjerumus dalam tipu dayaku.

Rasulullah SAW :” Siapa lagi yang kamu benci?”. 

Iblis :” Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT”. 

Rasulullah :” Lalu siapa lagi ?”. 

Iblis :” Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar”. 

Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”. 

Iblis :” Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”. 

Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”. 

Iblis :” Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “. 

Rasulullah :” Bagaimana kamu tahu bahawa ia itu penyabar ?”. 

Iblis :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar “. 

Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”. 

Iblis :” Orang kaya yang bersyukur “. 

Rasulullah bertanya :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia bersyukur ?”. 

Iblis :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”. 

Rasulullah : Bagaimana keadaanmu bila ummatku menegakkan sholat?

Iblis : Seluruh tubuhku gementar , lemah longlai sendi-sendi tulangku. Maka aku perintahkan anak buahku menghalang-halangi dan menggoda orang lslam yang akan solat. Setiap orang dengan berpuluh-puluh syaitan. Sebahagian menaiki badan orang yang solat itu agar berat dan malas. Sebahagian lagi membisikkan hatinya agar was-was sehingga kadangkala terlupa rakaat yang dikerjakan. Sebahagian lagi menaiki telinganya sehingga ia mendengarkan orang-orang yang bercakap-cakap, bunyi-bunyian dan sebagainya dari perbuatan yang sia-sia. Sebahagian lagi menduduki belakangnya agar tak tahan duduk dan sujud lama, sehingga ingin cepat selesai.

Rasulullah :”Kenapa, wahai terlaknat?”. 

Iblis :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat”. 

Rasulullah : Bagaimana keadaanmu apabila ummatku berpuasa kerana Allah semata?

Iblis : Inilah suatu bencana dan kesedihan yang amat sangat aku rasakan kerana apabila masuk bulan Ramadhan maka memancarlah cahaya Arsyi dan Kursy serta seluruh malaikat menyambutnya dengan kegembiraan. Bagi orang islam yang berpuasa akan mendapatkan kurnia yang besar dari Allah. Dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Yang paling menyakitkan hatiku adalah seluruh isi langit dan bumi ikut memohonkan ampunan bagi orang-orang yang berpuasa. Setinggi-tingginya yang capai oleh orang yang berpuasa adalah dibebaskan oleh Tuhan setiap hari dalam bulan Ramadhan seribu pembebasan dan azab api neraka. Semua pintu neraka ditutup rapat dan semua pintu syurga dibuka lebar-lebar dan berhembuslah angin sepoi-sepoi dari bawah Arsyi melalui surga. Setiap awal bulan puasa, malaikat turun atas perintah Tuhan menangkap kami. Mereka membelenggu dan merantai kaki dan tangan kami dengan besi yang panas lalu memasukkan kami ke bawah bumi yang sangat dalam dengan azab yang sangat keras sampai ummatmu selesai berpuasa barulah kami dibebaskan. Semua itu dimaksudkan agar kami tidak dapat mengacau ummat yang sedang berpuasa sehingga mereka berpuasa dengan perasaan gembira.

Rasulullah :” Bagaimana perasaanmu jika ummatku menunaikan haji kerana Allah semata??”. 

Iblis :” Saya menjadi gila”. 

Rasulullah: Bagaimana perasaanmu apabila ummatku membaca Al-Qu`an dengan ikhlas?

Iblis : Tubuhku terasa hangus dan terasa putus urat-uratku, maka segera aku lari menghindar.

Rasulullah :” Jika mereka berzakat ?”. 

Iblis :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”. 

Rasulullah :” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”. 

Iblis :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang berzakat disenangi makhluk-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”. 

Rasulullah : Bagaimana pandangmu terhadap masing-masing sahabatku (yang empat itu)?

Iblis : Semua sahabatmu adalah musuhku.

Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”. 

Iblis :” Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, Abu Bakar Siddiq Quhafah sebelum bersamamu aku tak sanggup mendekatinya apalagi setelah mendampingimu. Dialah yang pertama kali menyaksikan engkau sebagai Rasul Allah dan engkau pernah mengatakan bahwa seandainya ditimbang kebajikan Abu Bakar Siddiq dengan kebajikan isi dunia, nescaya lebih berat kebajikan Abu Bakar Siddiq. Lagi pula Abu bakar adalah mertuamu kerana engkau nikahi anak gadisnya Aisyah.

Rasulullah :” Apa pendapatmu tentang Umar ?”. 

Iblis :” Demi Tuhan, terhadap Umar Ibnu Khaththab aku tak sanggup memandang wajahnya kerana ia sangat keras menjalankan syariatmu. Aku gementar apabila memandang wajahnya. Imannya kukuh. Engkau pernah mengatakan bahawa seandainya ada Nabi lagi setelah engkau maka Umar Ibnu Khaththab yang akan diangkat. Sehingga dia digelari Umar Al-Faruq.

Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Utsman ?”. 

Iblis :” Terhadap Usman Ibnu Affan,aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu kepadanya”. Aku tak kuasa menghampirinya kerana lidahnya senantiasa membaca Al-Qur`an siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu orang yang sabar lagi pula dia adalah menantumu.

Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Ali ?”. 

Iblis: Terhadap Ali Ibnu Abu Thalib aku sangat takut kerana kegagahannya bertempur di medan perang. Bila kami golongan iblis memandang wajahnya akan terbakarlah biji mata kami kerana dia sangat kuat menjalankan perintah Allah. Dialah yang pertama kali memeluk agama Islam dari golongan anak-anak. Ia tak pernah sekalipun menundukkan pandangan matanya dari patung-patung, sehingga digelari Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah (dimuliakan Allah kerana wajahnya). Engkau mengatakan engkaulah negeri semua ilmu dan Ali itu pintunya.

Rasulullah : Bagaimana caramu memperdaya ummatku?

Iblis : Bagiku ummatmu terbagi tiga:
Pertama : Seperti air hujan dari langit yang menghidupkan semua tumbuh-tumbuhan serta banyak manfaatnya. Mereka adalah guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia agar mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Kedua : Seperti tanah yaitu bersyukur dan rela atas nikmat dan kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya. Mereka beramal soleh dan bertawakal kepada Tuhan.
Ketiga : Seperti fir`aun sangat tamak pada harta dunia sampai melupakan amal akhirat. Aku sangat suka pada orang-orang seperti ini. Kuputar hatinya pada perbuatan maksiat dan durhaka. Hatinya terpikat pada dunia dan lupa pada akhirat.

Rasulullah : Siapakah yang serupa dengan engkau?

Iblis : Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari hukum-hukum agama islam.

Rasulullah : Siapakah yang membuat mukamu berseri-seri kegirangan?

Iblis : Itulah orang-orang yang berbuat dosa dan noda dan bersumpah dengan sumpah palsu serta menyalahi janji.

Rasulullah : Cubalah terangkan perbuatanmu pada ummatku dikamar mandi?

Iblis : Orang islam apabila tidak mengucapkan perlindungan ketika memasuki kamar mandi nescaya kugosokkan najis ketubuhnya tanpa dia sedari tapi apabila dia mengucapkannya aku lari.

Rasulullah : Bagaimana perbuatanmu terhadap ummatku apabila mereka melakukan persetubuhan dengan isterinya?

Iblis : Aku lari apabila ia mengucapka doa bersetubuh, tapi bila tidak maka akulah yang mendahului bersetubuh dengan isterinya dan apabila benihku bercampur dengan benih isterinya maka anak yang lahir akan senang kepada perbuatan maksiat.

Rasulullah : Bagaimana caranya agar dapat menolak tipu dayamu?

Iblis : Segeralah bertaubat dengan sungguh-sungguh setelah melakukan perbuatan dosa.

Rasulullah : Siapa saja yang lebih engkau sukai?

Iblis : Lelaki atau wanita yang dalam masa 40 hari tidak mencukur bulu ari-arinya, maka duduklah aku mengecilkan diri seperti kutu busuk. Aku juga berbuai-buai pada ketiak orang-orang yang tidak mencabuti atau mencukurnya.

Rasulullah : Siapakah yang paling akrab denganmu?

Iblis : Orang-orang yang menelungkup, yang mengantuk di waktu subuh sehingga tak cepat bangun untuk solat. Orang-orang seperti ini kugomol dan kupeluk supaya puas tidurnya sampai terbit matahari. Demikian juga pada waktu solat yang lain kukacau hatinya dengan berbagai rayuan dan tipu muslihat sehingga mereka menjadi malas mengerjakan sholat.

Rasulullah : Apakah yang dapat menghancurkanmu?

Iblis : Banyak berzikir, bersedekah secara sembunyi-sembunyi, taubat dan membaca Al-Qur`an.

Rasulullah : Apakah yang dapat memecahkan matamu bila kamu melihat?

Iblis : Orang beri`tikaf di mesjid, orang yang taat kepada kedua orang tuanya dan membantu keduanya dalam soal makanan dan pakaian.

Rasulullah : Apakah yang menyebabkan kamu terbelenggu?

Iblis : Apabila pedagang tidak curang dalam perdagangannya.

Rasulullah : Bagaimana perasaanmu apabila ummatku memberi salam kepada temannya?

Iblis : Rasanya pecah dadaku. Bila mereka bertemu yang seorang memberi salam dan yang lainnya menjawabnya aku menangis sedih karena keduanya mendapat ampunan setelah berpisah.

Rasulullah: Siapa saja yang menjadi teman karibmu?

Iblis : Para peminum minuman keras dan para pecandu kerana hal ini boleh menyebabkan perceraian dan perkelahian.

Rasulullah : Siapa temanmu yang setaraf denganmu?

Iblis : Bila berjumpa laki-laki dengan wanita maka wanita itu kududuki kuduknya dan kuhias wajahnya sehingga nampak bertambah ayu dan menawan. Dan Apabila mereka sampai berzina maka merekalah yang setaraf denganku.

Rasulullah : Dimanakah kamu bertempat tinggal?

Iblis : Dirumah-rumah berhala, batu-batu besar dan tempat-tempat yang dianggap keramat. Apabila mereka datang kesana aku pengaruhi hatinya agar bertambah yakin kepada benda-benda yang dikeramatkan sehingga bertambah musyriklah mereka.

Rasulullah: Dimanakah kamu selalu berkumpul?

Iblis : Ditempat hiburan dimana laki-laki dan wanita bercampur baur.

Rasulullah : Apa yang kamu kerjakan dimasjid-masjid?

Iblis : Mengacau hati orang yang solat. Dan yang kutakuti adalah yang tidur disana.

Rasulullah : Mengapa begitu? Padahal yang sedang bermunajat kepada Allah kamu tidak takut. 
Bukankah yang tertidur itu dalam keadaan tak sedar dan tak melihat apa-apa?

Iblis : Orang yang solat itu mudah aku perdaya kerana sebahagian besar mereka jahil dan tak tahu hakikat syariat agama tetapi yang tertidur sebahagian besar adalah mereka yang tahu tentang syariat agama. Bila ia terbangun aku khuatir ia menegur dan memperbaiki solat orang-orang yang kugoda.

Rasulullah : Apa yang kamu sukai dan kau puji dari seseorang?

Iblis : Suara orang-orang yang bernyanyi, bersajak diiringi bunyi-bunyian. Sedangkan orang-orang yang bernazam dan bersalawat dengan suara yang bagus kurang mengenakkan aku.

Rasulullah : Siapakah yang menjadi temanmu yang paling kau sukai?

Iblis : Para penipu dan para pemakan harta anak yatim

Rasulullah : Sebab apa kau gelapkan manusia?

Iblis : Kugelapkan hati manusia kerana mereka:
- Makan dan minum dari hasil yang haram.
- Lambat bangun sehingga meninggalkan solat subuh.
- Terlalu mengenyangkan perut sehingga malas mengerjakan solat dan ibadah.

Rasulullah : Siapa yang menggembirakanmu?

Iblis : Orang-orang kaya yang bakhil bersedekah di jalan Allah. Orang-orang yang tak mahu mengeluarkan zakat, mereka hanya mahu mengeluarkan dengan imbalan tenaga sedangkan familinya banyak yang miskin dan berhajat pada sedekah.

Rasulullah : Siapa saja yang menggemukkan dan menyuburkanmu?

Iblis : Orang-orang yang hasad (dengki), orang-orang yang tidak mempelajari hukum-hukum agama dan wanita-wanita yang tidak menjaga kehormatannya.

Rasulullah: Bagaimana halnya bila seorang ulama mati?

Iblis : Aku akan mempersubur fitnah dikalangan masyarakat.

Rasulullah : Apakah tindakanmu apabila ummatku melaksanakan solat berjamaah?

Iblis : Sungguh akan gagallah tipu dayaku pada mereka.

Rasulullah: Bagaimana keadaanmu apabila ummatku bershalawat kepadaku?

Iblis : Itu bererti sama dengan membelah mukaku kerana mereka sangat ingat kepadamu.

Rasulullah : Apabila ummatku berpuasa Ramadhan dan ditutup dengan solat maka Allah berfirman: "Wahai malaikat-malaikat-Ku, setiap yang bekerja tentu menuntut upah, dan hamba-Ku yang berpuasa sebulan, lalu mereka keluar berhari-raya, mereka menuntut upahnya. Aku persaksikan kepadamu bahawa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka". Allah berfirman lagi: " Wahai ummat Muhammad pulanglah kerumah masing-masing, sesungguhnya Aku ampunkan semua dosamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa-dosamu dengan kebajikan". Bagaimana perasaanmu ya iblis?

Iblis : Aku memekik sekuat-kuatnya sehingga anak buahku berdatangan. Kukatakan kepada mereka: "Wahai tentara dan pengikutku, yang menyebabkan aku berduka cita adalah kerana Allah telah mengampuni ummat Muhammad pada hari ini. Wahai tentaraku tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah menerima puasa ummat Muhammad dan Allah sangat mengasihi dam merahmati serta mengabulkan segala permohonan mereka. Allah juga telah mengampuni dosa mereka. Maka hendaklah kamu goda mereka agar mereka malas beribadah dan kembali durhaka serta mengerjakan berbagai kemaksiatan. Dengan begitu Allah murka sehingga diturunkan bala bencana. Bila sudah demikian rianglah aku.

Rasulullah : Siapa saja pendukungmu?

Iblis : Orang yang tidak bertaubat dari dosanya apalagi bila ia bangga dengan dosanya. Tetapi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illahllah dan istighfar akan membinasakanku. Orang yang bersiul-siul, kerana sewaktu aku diusir kedunia aku mengembara dengan bersiul-siul. Itulah hiburanku. Tetapi orang yang azan akan menghalangiku kerana malaikat hadir bersama mereka.

Rasulullah : Apakah ikhtiarmu dan usahamu atas ummatku setelah aku diutus menjadi Rasul Allah untuk menyelamatkan Bani Adam dari kesesatan kepada jalan Allah?

Iblis : Aku akan berusaha sungguh-sungguh dalam menarik Bani Adam ke jalan maksiat. Akan kujadikan laki-laki dan wanita bergaul dengan bebas supaya senang dan mudah aku menggoda mereka kepada maksiat. Aku tidak akan berhenti menjerumuskan mereka selama nyawa dikandung badan.

Thursday, 21 April 2011

KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Ada seorang pengemis berbangsa Yahudi buta yang selalu duduk di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawwarah. Apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berpesan, "Wahai saudaraku janganlah kau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." Walaupun si Yahudi buta ni selalu mencaci dan memburuk-burukkan Rasulullah SAW, namun Baginda tetap mendatanginya setiap pagi dengan membawa makanan tanpa berkata sepatah pun. Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat. Setelah Baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap hari kepada pengemis Yahudi buta tersebut. 

Pada suatu hari, Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada Aisyah, "Anakku,adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah r.a menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah sahaja," 

"Apakah itu?" Tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," Kata Aisyah r.a.. 

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar hendak menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapa kamu??!" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa mendatangimu." 

"Bukan!! kamu bukan orang yang biasa mendatangiku!" jawab si Yahudi buta itu. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskan makanan tersebut dengan mulutnya sendiri dan setelah itu baru ia diberikan kepadaku," tambah pengemis tersebut. 

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Manusia yang mulia itu telah tiada lagi. Dia adalah MUHAMMAD RASULULLAH." 

Setelah pengemis buta itu mendengar cerita Abu Bakar r.a dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan Baginda tidak pernah memarahi aku walau sedikit pun. Dia mendatangi ku dengan dengan membawa makanan setiap pagi, alangkah mulianya..."Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucap syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.. 

LINANGAN KERANA CINTA

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. 

Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Manakala lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata “Ahad-Ahad” "-(Tuhan Yang Esa), malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur. 

Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal. Mereka memakaikannya dengan baju besi, kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari, malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w.Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. 
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. 

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut nama “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan. Bilal pun meninggalkan Kota Madinah. Sampai beberapa waktu lamanya ia tidak kembali ke madinah. 
Pada satu malam, beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah saw bersabda kepada beliau yang bermaksud: 
Mengapakah kekerasan hati ini wahai Bilal? Adakah belum masanya lagi untuk kamu menziarahiku? 

Mimpi ini mengejutkan Bilal dari tidurnya. Hatinya berkecamuk, fikirannya resah, kesedihan menguasai seluruh sarafnya. Perasaan rindu terhadap Rasulullah mengalir keseluruh tubuhnya. Mengimbas kenangan perjuangan bersama-sama Rasulullah dalam menegakkan kalimah Tauhid. Rindu yang tidak tertahan, lantaran itulah beliau terus bergegas ke Madinah al-Munawarah, kota yang menjadi penyaksian persaudaraan sesama Islam atas dasar kalimah Tauhid, serta memori yang terindah bersama Kekasih Tuhan, Muhammad saw. 

Setibanya di Madinah, beliau terus menuju ke pusara Rasulullah. Sejurus memandang makam nabi yang mulia itu, butir-butir mutiara jernih menitis, mengalir deras. Monolognya, 
“Betapa aku merinduimu wahai Rasulullah.Anak kepada ayahmu Abdullah, anak kepada ibumu Aminah, cucu kepada datukmu Abdul Mutalib, anak kepada pamanmu Abu Talib. Anak yatim yang cekal untuk terus hidup. Aku merindui saat bersama-sama dengan mu. Aku rindu saat-saat engkau bersama-sama kami, memberi semangat kepada kami saat kami lemah dan tak berdaya. Sungguh aku rindu untuk bertemu denganmu lagi. Aku rindu pada usapan dan senyumanmu, penuh dengan keikhlasan yang mendamaikan hati manusia yang memandang .” 

Bilal menangis teresak-esak, sambil menggosokkan wajah beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya tak terhingga kepada baginda. 

Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Bilal berada di pusara Rasulullah terus bertemu dengan beliau. Bilal terus memeluk kedua-duanya, cucu kesayangan nabi ini dan mencium mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Bilal tahu, mereka inilah yang menjadi kegembiraan kepada Rasulullah, sehingga dapat beliau melihat wajah Rasulullah yang tersenyum bermain dengan cucu-cucunya ini. Pertemuan syahdu ini membangkitkan kerinduan yang tak dapat dibendung terhadap Rasulullah. 

Hasan dan Husin, dengan penuh sayu, berkata, 
“Wahai Bilal, manusia teguh aqidah, manusia yang lisannya tetap dengan kalimah Ahad saat diseksa, manusia yang panjang lehernya ketika di akhirat, sesungguhnya kami merindui suara azanmu di sini, suara yang pernah dikumandangkan pada zaman datuk kami. Wahai Bilal, kami mohon, atas dasar kerinduan kau dan kami, seluruh penduduk Madinah di sini, gemakanlah Kota Cahaya ini dengan suara azanmu.” 

Pada asalnya, Bilal terlalu berat hati, menolak permintaan tersebut. Tetapi, Hasan dan Husin ini cucu Rasulullah. Tidak pernah Rasulullah menghampakan mereka, hatta sewaktu Nabi solat, saat sujud, ketika kedua-dua mereka bermain di atas belakang nabi, baginda sanggup tidak bangkit daripada sujud sehingga kedua-duanya turun dari belakang baginda. Tidak ingin beliau melukakan hati permata kesayangan Rasulullah ini, anak kepada Fatimah, mutiara yang paling dikasihi oleh Baginda. 
Maka, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid yang merupakan tempat beliau melaungkan azan ketika Rasulullah saw belum wafat. Berita bahawa Bilal akan mengumandangkan azan seperti api yang marak, tersebar seluruh Madinah, menyebabkan penduduk di Kota Aqidah itu yang terdiri daripada para sahabatRasulullah dan keluarga mereka terus keluar dari rumah-rumah mereka untuk mendengar laungan azan Bilal. 

Bilal, dengan seluruh jiwanya, menguatkan hatinya yang lembut untuk berdiri di tempat yang menjadi memorinya melaungkan azan pada zaman Rasulullah. Terlalu sebak hatinya untuk memulakan laungan azan ini. 

Allahu Akbar Allahu Akbar 

Bilal memulakan azan. Penduduk Madinah yang mendengar suara Bilal menangis teresak-esak. Inilah suara yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu, ketika Rasulullah masih hidup. Suara inilah yang telah membangkitkan semangat seluruh manusia yang beriman menuju kepada kejayaan, berkumpul di masjid Nabawi, solat bersama-sama dengan Rasulullah saw. Alangkah bahagianya pada waktu itu, Rasulullah sebagai imam kaum muslim, memimpin solat jemaah, dan mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada suara Rasul yang mulia itu, pemberi Syafaat kepada Umatnya. 

Mereka, penduduk Madinah, menjerit kesedihan hingga Bilal mengalunkan ; 
Asyhadu anna muhammadar Rasulullah 
Makin deras air mata mereka mengalir. Batin mereka menjerit seolah-olah melaungkan: 
“Kalaulah Muhammad itu masih hidup!” 
“Mengapakah engkau meninggalkan kami wahai Rasulullah??” 
“Kami rindu dengan senyuman dan bicaramu, duhai nabi akhir zaman.” 
Suasana kepiluan itu menyelubungi Madinah. Kesemua mereka mengesat air mata kecintaan pada Rasulullah. Ini tidak lain tidak bukan, mereka terkenangkan nostalgia silam mereka dan detik-detik manis bersama-sama dengan Rasulullah suatu ketika dahulu sehingga Bilal sendiri tidak mampu menyudahkan azan beliau lantaran tangisannya dan kesedihannya yang membungkam jiwanya ketika itu. 
Allahumma solli ala saidina Muhammad 

Para sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak bilangan orang yang menangis di Madinah al-Munawwarah selepas kewafatan Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka alami semasa hari kewafatan Rasulullah. 
Bilal tidak melanjutkan Azannya , akhirnya Bilal kembali pulang ke Iraq tempat dimana beliau Mensyiarkan Agama Nabi. Keyakinan Bilal kepada Nabi sangat penuh, sampai suatu saat seorang Ibu membawa anaknya dalam keadaan sakit parah merah wajahnya panas badannya. 

“Tolonglah wahai Sohib Rosulillah , kasihanilah anakku ini yang sudah hampir mati ini. 
Aku sudah membawanya ke semua tabib terkenal tapi tak satupun dari mereka yang mampu menyembuhkan penyakit anakku ini “keluh Si Ibu. Tunggu sebentar, Bilal masuk mengambil sebuah baju lalu dipakaikan ke anak tersebut. Kemudian anak tersebut membuka matanya kemudian duduk, lalu berdiri kemudian berbicara seolah tak terjadi apa – apa sebelumnya. Dibuka kain itu lalu dilipatnya lagi dan di ciuminya baju 

“Kain apakah yang engkau pakaikan wahai Sohib Rosulullah?” Tanya sang Ibu kepada Bilal.menjawab “ini dulu adalah baju Rosulullah SAW” 
Sampai tatkala waktu yang ditunggu–tunggu oleh sang Bilal……….. 
Waktu apakah itu adalah Kematian yang menjadi waktu Untuk mempertemukannya sang Bilal dengan Rosulullah 

Bahkan tidak hanya Untuk Bilal saja tapi Untuk seluruh sahabat – sahabat Rosulullah 
Kematian adalah saat–saat yang ditunggu–tunggu oleh mereka 
Ketika paniknya sang Isteri Bilal,” Aduh apakah yang boleh aku tolong untukmu Bilal?” 
Namun sang Bilal malah berkata “ Alangkah senangnya kerana beberapa saat lagi, beberapa detik lagi aku akan bertemu Allah dan Kekasihnya Nabi Muhammad. 

Demikian kisah kasih para Sahabat kepada baginda. Mungkin kita terlalu jauh tempohnya dengan baginda, terlalu jauh sehinggakan langsung kita tidak pernah melihat baginda, apatah lagi untuk bertutur bicara. Namun, baginda pernah bersabda, bahawa sesungguhnya baginda sangat-sangat mencintai umat akhir zaman yang istiqamah pada agamanya. Sabda ini menyebabkan para sahabat cemburu, tetapi, inilah keadilan Rasulullah pada umatnya. Kata baginda, sesungguhnya aku sangat-sangat mencintai mereka, kerana mereka tidak pernah mengenali dan bersama-sama denganku, tetapi, mereka cintakan aku dan Tuhanku, Tuhanmu. 

Kita, sebagai umatnya, bukankah menanti perjumpaan bertemu baginda, meminum air telaga Kauthar dari telapak tangan baginda. Tidakkah kita mengimpikannya? Diusap kepala oleh baginda, melihat baginda tersenyum dengan penuh syafaat yang akan meloloskan kita dari azab neraka? Tidakkah impian kita untuk memandang wajah seorang yang mulia? 

Sabda baginda yang bermaksud; Tidak akan sempurna keimanan seseorangpun daripada kalangan kamu sehinggalah daku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada kasihnya terhadap ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya. 

Ya Allah semoga yang sudah punya Cinta di Hatinya kepada Nabi Muhammad tetapkanlah dan pertambahlah Cintanya 

Allahumma Ya Allah hadirkan Nabi Muhammad didalam mimpi – mimpi kami 
Wallahu’Alam Bis Showwab