Showing posts with label Beramal Akhirat Kerana Dunia. Show all posts
Showing posts with label Beramal Akhirat Kerana Dunia. Show all posts

Thursday, 21 April 2011

KISAH-KISAH TELADAN - RIYA'

KISAH 1: PADA satu waktu sahur, seorang abid membaca al-Qur'an al-Karim, surah "Thaha", di biliknya yang berhampiran dengan jalan raya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah al-Qur'an al-Karim. Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thaha" dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan. Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telah kubaca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun. Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata, "Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang ttidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy: 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya". Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?" "Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumahmu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu. Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu". Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riyak menyusup masuk ke dalam kalbuku. Dan, sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekejip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya. Benarlah kata alim ulamak, serangan penyakit riyak atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun".


KISAH 2: DIKISAHKAN, seorang lelaki yang telah dua kali mengerjakan haji, menjemput Sufyan al-Tsauri dan sahabat-sahabatnya untuk menghadiri majlis kesyukuran dan jamuan makan di rumahnya Setelah para jemputan datang, lelaki yang telah dua mengerjakan haji itu, menyuruh isterinya menghidangkan makanan yang istimewa. Di depan para jemputan, dengan suara lantang yang disengajakan, dia berkata kepada isterinya yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur : "Untuk meraikan para tetamu kita yang istimewa semuanya ini, hidangkan makanan yang istimewa di dalam pinggan istimewa yang baru kita beli di Mekah ketika kita mengerjakan haji kali yang kedua itu. Jangan gunakan pinggan-mangkuk yang kita beli ketika mengerjakan haji kali yang pertama dulu!" Sufyan al-Tsauri lalu berkata kepada leleaki itu,"Sayang sekali. Cakapmu itu ternyata mengandungi unsur riyak dan telah membinasakan ibadah hajimu!"


KISAH 3:  SEORANG alim menceritakan mimpi seorang hamba Allah. Kisah mimpi itu sebagaimana berikut : SETELAH Hasan al-Bashri pulang ke rahmatullaah, seorang hamba Allah bermimpi menemuinya. Hamba Allah itu bertanya kepada Hasan al-Bashri tentang keadaan yang berlaku ke atas dirinya setelah dia mati. Menjawab pertanya itu, Hasan al-Basri menceritakan: Dia telah dibawa mengadap Allah Taala, lalu Allah berfirman kepadanya: "Hai Hasan. Adakah engkau ingat, suatu hari dulu, ketika engkan sedang sembahyang di masjid dan engkau sedar ada orang yang sedang memerhatikan keadaan sembahyangmu, lalu engkau mengelokkan keadaan sembahyangmu itu untuk dipuji oleh orang itu? Jikalau sebelum itu tidak engkau mulakan sembahyangmu itu dengan ikhlas, sudah pasti Aku menghalaumu sekarang dan Aku putuskan perhubunganmu dengan-Ku!".

Firman Allah (Surah Al-Baqarah 264):
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan menghilangkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti(perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman: “Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?” Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:“Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku”.

Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, “Hai, orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku”.

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, ‘Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-domba dan pendengki”.

Ibnu ‘Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,“Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riya’”.Ibnu ‘Abbas bertanya, “Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan manusia yg pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah:

1) Orang yg mati syahid pada zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya: ' apa yg telah engkau lakukan? Dia menjawab:' , “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.'ALLAH berfirman yg bermaksud: Engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau brperang dgn niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat supaya orang itu diheret pd mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dlm NERAKA.

2) Orang yg mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya:' Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”. Dia menjawab:', “Ya, wahai Tuhanku”,  Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.Apabila lelaki itu menjawab “Aku tlh mempelajri ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan slalu membaca al-Quran krna MU, Allah SWT berfirman yg bermaksud:: engkau berdusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian.Yg sbnrnya engkau mempelajarinya spya engkau disebut sebagai qari dan Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. “Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.Lalu ALLAH memerintahkan Malaikat agar org tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

3) Orang yg diberi kekayaan yg melimpah oleh Allah. yg digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”. Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.Dia menjawab: Tiada satu kesempatan pun yg didalamnya engkau suka agar seseorg mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedkah di dalamnya krna MU.' ALLAH berfirman dan diikuti oleh para malaikat:' engkau berdusta. Yg sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg yg dermawan dan engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”..' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat agar org tersebut diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan kedalam NERAKA".

Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

 Kita mesti memperingatkan diri kita agar JANGAN bersikap riya’ dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami.Ya Allah ikhlaskan hati kami dlm berbuat suatu perkara agar ia dikira sbg amal kebajikan. Amin, ya Rabbal alamin.

RIYA' / MENUNJUK-NUNJUK

Riyak berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka riya’ pula bermakna memperlihatkan.  Dalam istilah Islam pula bermakna menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riyak bermaksud sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.  Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manfaat dunia. 

Riyak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim

Riyak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Kenapa riyak dikatakan syirik?Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik. 


Ketahuilah bahawa riyak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya. Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu  rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riyak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata. Riyak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian. Antara contoh-contoh riyak adalah :
1-      Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
2-      Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
3-      Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
4-      Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Ada juga segelintir orang, status terkini di facebook dan di blog-blog gemar diisi dengan menceritakan diri sendiri telah melakukan kebaikan itu, kebaikan ini,berpuasa,qiamullail, bersedekah, hebat itu dan ini dan sebagainya. Tidak salah untuk menunjukkannya agar orang lain turut mengikuti, namun Islam menganjurkan agar merahsiakan segala amalan baik kerana takut perasaan riyak akan timbul.Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Serendah-rendah riyak adalah syirik.


Nabi Muhammad Saw berkata : Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’
Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadistnya yang mulia : 
Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, 
Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Al Imam Ahmad )



Sepertimana firman Allah Ta'ala;
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Mauun Ayat 4-

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.


Yang sebenarnya hakikat semuanya ini bermula dengan niat. Jika murni niatnya maka tiadalah menjadi masalah namun sekiranya ada kesamaran lebih baik dirahsiakan amalan-amalan baik ini supaya tidak rosak dan diredhai Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia atau pun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannya semasa dia berhijrah.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik. Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya:“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20

MOTIVASI BERAMAL AKHIRAT KERANA DUNIA

Itulah yang sering kita lihat pada umat Islam saat ini.Berbagai macam kenikmatan didunia baik berupa harta, kedudukan dan lainnya merupakan ujian yang banyak menjerumuskan manusia ke jurang kesesatan. Demi mencapai kenikmatan dunia seseorang boleh saja rela berbuat apapun asal keinginannya terwujud. Tujuan hidupnya seolah-olah hanya untuk mencapai kesenangan duniawi belaka. Bahkan aktiviti ibadahnya pun tidak lepas dari keinginan untuk mendapatkan kenikmatan duniawi.

Mereka memang gemar sekali bersedekah dan rajin bangun di tengah malam untuk bertahajud, namun dengan tujuan hanyalah untuk memperlancar rezeki dan karier. Niat di dalam hati senyatanya tidak ikhlas kerana Allah, namun hanya ingin mendapatkan tujuan-tujuan duniawi semata-mata. Kalau memang demikian, mereka adalah termasuk orang-orang yang tercela sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut.

Allah Ta’ala berfirman,“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud [11] : 15-16)

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa siapa saja yang menghendaki balasan duniawi dari amal ibadahnya, maka Alllah akan memberikannya di dunia ini. Akan tetapi kelak ia akan merugi di hari kiamat, ketika ia sangat memerlukan amal ibadah. Bahkan dengan amal ibadahnya itu ia telah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Balasan amal solehnya itu telah ia rasakan di dunia, seluruhnya telah terhapus, hilang serta tidak dapat digunakan untuk menyelamatkannya pada hari kiamat.

Mereka yang beramal seperti ini: “nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan”. Maksudnya adalah mereka akan diberikan dunia yang mereka inginkan. Ini semua diberikan bukan kerana mereka telah berbuat baik, namun semata-mata akan membuat terlena dan terjerumus dalam kebinasaan kerana rosaknya amalan mereka. Dan juga mereka tidak akan pernah yubkhosuun, iaitu dunia yang diberikan kepada mereka tidak akan dikurangi. Ini bererti mereka akan diberikan dunia yang mereka cari seutuhnya (sempurna).

Sungguh betapa banyak orang yang melaksanakan solat malam, puasa sunnah dan banyak sedekah, namun itu semua dilakukan hanya bertujuan untuk menggapai kekayaan dunia, memperlancar rezeki, umur panjang, dan lain sebagainya.

Jika seseorang beramal untuk mencari dunia, maka dia memang akan diberi. Dengan banyak melakukan amalan soleh,dengan solat tahajud, puasa isnin-khamis yang dia lakukan hanya ingin meraih dunia, maka dunia memang akan dia peroleh dan  Allah pun tidak akan mengurangi hal tersebut sesuai yang Dia tetapkan.Ia boleh jadi seseorang akan bertambah sihat, rezeki semakin lancar dan karier terus meningkat. Dan itu senyatanya yang mereka peroleh namun apa yang mereka peroleh di akhirat? Sungguh di akhirat dia akan sangat merugi. Dia tidak akan memperoleh balasan di akhirat disebabkan amalannya yang hanya ingin mencari-cari dunia.

Lihatlah firman Allah selanjutnya (yang ertinya), “Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka”. Inilah akibat orang yang hanya beribadah untuk mendapat tujuan dunia saja. Mereka memang di dunia akan mendapatkan apa yang mereka inginkan. Adapun di akhirat, mereka tidak akan memperoleh pahala kerana mereka dalam beramal tidak menginginkan akhirat.

Orang-orang seperti ini juga dikatakan: “lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”. Ini semua dikeranakan mereka dahulu di dunia beramal tidak ikhlas untuk mengharapkan wajah Allah sehingga ketika di akhirat, sia-sialah amalan mereka. (Lihat penjelasan ayat ini di I’aanatul Mustafid, 2/92-93)


Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menafsirkan surat Hud ayat 15-16. Beliau –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan, “Sesungguhnya orang yang riya’, mereka hanya ingin memperoleh balasan kebaikan yang telah mereka lakukan, namun mereka minta segera dibalas di dunia.” 

Ibnu ‘Abbas juga mengatakan,“Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, solat atau solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang merugi”. 

Qotadah mengatakan,“Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari-cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai balasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dalam beribadah (yang hanya ingin mengharapkan wajah Allah), dia akan mendapatkan balasan di dunia juga dia akan mendapatkan balasan di akhirat.”(Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, tafsir surat Hud ayat 15-16)

Allah Ta’ala berfirman,“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (QS. Asy Syuraa: 20)

Ibnu Katsir –rahimahullah- menafsirkan ayat di atas," … Namun jika yang ingin dicapai adalah dunia dan dia tidak punya keinginan menggapai akhirat sama sekali, maka balasan akhirat tidak akan Allah beri dan dunia pun akan diberi sesuai dengan yang Allah kehendaki. Dan jika Allah kehendaki, dunia dan akhirat sekaligus tidak akan dia peroleh. Orang seperti ini hanya merasa senang dengan keinginannya saja, namun barangkali akhirat dan dunia akan lenyap seluruhnya dari dirinya.” 

Ats Tsauri berkata, dari Mughiroh, dari Abul ‘Aliyah, dari Ubay bin Ka’ab -radhiyallahu ‘anhu-, beliau mengatakan,“Umat ini diberi khabar gembira dengan kemuliaan, kedudukan, agama dan kekuatan di muka bumi. Barangsiapa dari umat ini yang melakukan amalan akhirat untuk meraih dunia, maka di akhirat dia tidak mendapatkan satu bagian pun.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya, Al Hakim dan Al Baiaqi. Al Hakim mengatakan sanadnya shahih. Syaikh Al Albani mensahihkan hadits ini dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib)

Terdapat pula riwayat dalam Al Baihaqi, Rasulullah  bersabda,"Umat ini diberi khabar gembira dengan kemudahan, kedudukan dan kemulian dengan agama dan kekuatan di muka bumi, juga akan diberi pertolongan. Barangsiapa yang melakukan amalan akhirat untuk mencari dunia, maka dia tidak akan memperoleh satu bagian pun di akhirat. ”